top of page

PM tiba untuk lawatan dua hari ke Indonesia

Updated: Jan 10, 2023



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta, Indonesia bagi memulakan lawatan rasmi ke negara jiran itu.


Beliau dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada 1.57 petang waktu tempatan dengan menaiki pesawat khas dan disambut Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.


Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, November lalu.


Dalam lawatan selama dua hari itu, Anwar bakal menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia.


Lapan memorandum persefahaman (MoU) antara sektor swasta Malaysia dan Indonesia akan dimeterai di Hotel Grand Hyatt Jakarta petang ini, dengan jumlah projek dianggarkan bernilai RM1.16 bilion,


Pada sebelah malam, Anwar dijadualkan hadir majlis makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.


Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok di Istana Presiden di Bogor untuk kedua-dua negara menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu serta menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau dan global.


Antara isu yang akan dibincangkan termasuk kerjasama ekonomi serta potensi pelaburan oleh Malaysia di Ibu Kota Negara Nusantara, pembatasan sempadan darat dan maritim, serta pengambilan dan perlindungan pekerja dari Indonesia


Kedua-dua pemimpin itu kemudian dijangka menyampaikan ucapan bersama.


Sebagai rekod, ini adalah lawatan rasmi pertama Anwar sebagai Perdana Menteri, pada Ogos 2018, beliau pernah mengadakan kunjungan hormat kepada Joko Widodo atas kapasitinya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page