PM tiba di P Pinang dari Qatar, sertai sambutan Hari Malaysia
- Suara Keadilan

- Sep 16
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini selepas pulang dari Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.
Ketibaan beliau di Pulau Pinang adalah bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia serta menghadiri rapat umum yang dijadual berlangsung malam ini di PICC@Arena Butterworth.
"Alhamdulillah, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini dari Doha untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia selain menghadiri rapat umum bersama masyarakat.
"Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua," kata Perdana Menteri dalam kenyataan ringkas.
Kehadiran Perdana Menteri malam ini bersama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, Timbalan Primier Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas serta Timbalan Ketua Menteri Saba, Datuk Shahelmey Yahya dijangka akan menyerikan sambutan.
Ia juga bakal dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air pelbagai kaum termasuk ratu rock negara Ella bersama Suki Low, Roshini Balachandran selain arti dari Sabah dan Sarawak.
Sambutan kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.









Comments