top of page

PM tiba di Kemboja, bertemu rakan sejawat



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Kemboja, Phnom Penh pagi tadi dan disambut penuh istiadat negara.


Datuk Seri Anwar dijadual bertemu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen tengah hari ini


"Lawatan rasmi ini adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.


"Ketibaan saya disambut oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam Datuk Dr Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring mewakili kerajaan Kemboja," kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau.


Anwar juga bakal bertemu Presiden Senat Rakyat Kemboja bagi tujuan memperkasa badan legislatif kedua dua negara.


Selain itu, PM juga dijadual menyerahkan 1,500 terjemahan nashkah al Quran dalam usaha mendalamkan lagi pemahaman isi kandungan al Quran dalam kalangan komuniti Melayu Champa.


Pada sebelah petang beliau menghadiri majlis berbuka puasa anjuran rakan sejawatnya Hun Sen. Selepas itu Datusk Seri Anwar dijadual menyantuni ulama dan umat Islam dengan menunaikan solat Isyak dan tarawikh bersama komuniti Islam Kemboja.


Turut sama dalam lawatan ini ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar..

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page