top of page

PM tiba di Jeddah diundang lawat Arab Saudi

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 22, 2023
1 min read


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Jeddah untuk melakukan lawatan rasmi atas undangan rasmi kerajaan Arab Saudi.


Beliau disambut Gabenor Jeddah Yang Mulia Putera Saud Bin Abdullah Bin Jalawi Al Saud.


"Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Anwar, lawatan tersebut akan membincangkan pelbagai isu kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi serta berharap akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah sedia terjalin.


"Lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama sedia ada di samping meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.


"Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, inshaAllah," kataya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page