Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi tiba di Lapangan Terbang Qionghai Bo’ao, Hainan untuk lawatan rasmi ke Republik Rakyat China.
Lawatan tersebut diharap akan mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia - China yang terjalin sejak 1970an lalu, apatah lagi China merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia.
"Lawatan ini cukup bermakna bukan sahaja bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Putrajaya - Beijing yang terjalin sejak 1974 malah, amat besar harapan agar China kekal sebagai antara rakan dagang terbesar kita.
"Di Hainan, saya juga dijadual akan menghadiri serta menyampaikan ucaptama di Boao Forum for Asia Annual Conference 2023 (BFA 2023)," katanya.
Ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Luar Negeri Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausah Nua Kementerian Luar Negeri, Datuk Sri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, YM Raja Dato’ shirwan Zainal Abidin.
Kommentare