top of page

PM tiba di DUN Sarawak bincang pelaksanaan MA63

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 20, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara jangka panjang.


Halatuju MA63 juga akan diperbincangkan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di dalam mesyuarat itu.


"Tiba di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini untuk Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah.


"InshaAllah, doakan yang terbaik dari kerjasama persahabatan ini," kata Anwar ringkas dalam hantaran di Facebooknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page