top of page

PM terima panggilan, ucapan Aidilfitri dari PM Pakistan, Presiden Iran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 1
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam menerima panggilan dan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri dari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.


Menurut Anwar, beliau sukacita dengan hubungan dua hala yang semakin meningkat dan pelaburan Pakistan di Malaysia yang mencecah sekitar AS$397 juta.


"Saya mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim.


"Kami juga sempat menilai semula memorandum persefahaman yang dipersetujui sebelum ini terutama terkait pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta bidang sains. Insya-Allah, kami sepakat mahu menyegerakan sebarang urusan tertunggak untuk segera merealisasikan kerjasama ini.


"Bicara kami turut menyinggung perkembangan di Gaza tatkala Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai menerusi serangan ganas terhadap rakyat Palestin," katanya dalam muat naik di Facebook.


Sementara itu, Anwar juga menerima panggilan dari Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian.


Beberapa perkara, kata PM, diperkatakan dalam panggilan itu termasuk memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara, terutama dengan mempertingkatkan pelaburan dan perdagangan, selain memperluas kerjasama pelbagai bidang berpotensi.


"Alhamdulillah, kunjungan Menteri Luar Malaysia ke Tehran pada bulan lalu membawa perkembangan positif dalam hubungan serta kerjasama dua hala Malaysia-Iran.


"Justeru, saya akan memastikan kesinambungan kunjungan ini dengan menyegera dan mempermudahkan segala usaha untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan selainnya.


"Saya turut ulangi penghargaan Malaysia terhadap pendirian teguh Iran yang tekal dalam memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat Palestin, serta menentang kezaliman Israel yang tergamak melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai," kata Anwar lagi.


Iran dan Malaysia berkongsi pendirian mengenai Palestin yang perlu dimerdekakan, dan menuntut segera penyelesaian konflik di rantau Asia Barat itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page