top of page

PM terima lawatan Perdana Menteri Kemboja, tingkat hubungan dua hala



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia bagi berbincang mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara ASEAN itu.


Ia merupakan pertama Hun Manet ke negara ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos tahun lepas.


Terdahulu ketibaan Hun Manet di bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang menempatkan pejabat perdana menteri, disambut oleh Anwar kira-kira pukul 10.15 pagi.


Hun Manet diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum beliau dibawa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Kedua-dua pemimpin kemudian memulakan mesyuarat dua hala dan beberapa memorandum persefahaman ditandatangani, diikuti dengan sidang media bersama.


Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan berkata semasa lawatan rasmi itu, Hun Manet akan diiringi Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa negara itu Sok Chenda Sophea, serta menteri-menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Kemboja.


Hun Manet juga dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.


Dalam mesyuarat dua hala itu, perbincangan kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada soal kemajuan hubungan dua hala yang berterusan, khususnya kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, tenaga, keselamatan, maklumat dan komunikasi, serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Kemboja.


Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama dalam Inovasi Kewangan dan Sistem Pembayaran antara Bank Negara Malaysia dan National Bank of Cambodia.


Hun Manet juga dijadual bertemu dengan Yang Dipertua Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.


"Lawatan rasmi ini akan mengukuhkan lagi nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja, secara dua hala dan dalam rangka kerja ASEAN," kata Wisma Putra.


Kemboja merupakan salah sebuah negara terawal menjalin hubungan diplomatik dengan sebaik Malaysia merdeka pada tahun 1957.


Pada tahun 2023, Kemboja disenaraikan sebagai rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau ASEAN.


Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, peningkatan 1.6 peratus daripada tahun sebelumnya.


Syarikat Malaysia juga telah melaksanakan 162 projek di Kemboja dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion.


*Kredit foto: Afiq Hambali/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page