top of page

Peruntukan segera RM500 juta baikpulih bekalan air Kelantan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perintukan segera RM500 juta bagi program membaikpulih kemudahan bekalan air bersih di Kelantan.


Katanya, meskipun peruntukan keseluruahn RM1.7 bilion namun peruntukan awal diluluskan RM500 juta.


PM berkata demikian dalam Program 'Temu Anwar Kelantan' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok hari ini, yang turut dihadiri lebih 5,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan.


Beliau berkata, peruntukan itu adalah hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan terutama Menteri Besar (MB) Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang begitu berhemah dalam menyelesaikan isu bekalan air sebelum ini.


"Hari ini saya umum untuk air bersih walaupun peruntukan (keseluruhan) kita beri RM1.7 bilion, untuk Kelantan (peruntukan) segera saya lulus RM500 juta. Tetapi ikut saluran yang betul.


"Ini sebab MB kecek molek. Kalau ada MB yang sombong sombong (Kedah) kamu tunggu dulu," katanya.


PM juga mengingatkan agar negeri pembangkang menyelesaikan masalah rakyat secara baik dan tidak berperang mulut antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


"Hari ini saya umum keperluan segera air bersih. Ni asyik dok bergocoh, rakyat air bersih pun tak ada, sudahlah selesaikan.


"Kerajaan Kelantan terpaksa bergantung kepada keupayaan Kerajaan Persekutuan. Bila bincang nak banyak (peruntukan) sangat tak boleh, tetapi bila mula, projek mesti dikendali bersama, pengurusan, ketelusan mesti diutamakan. Saya tak ada tolak ansur," katanya.


Selain Kelantan, satu lagi negeri ditadbir Pas, Kedah juga menghadapi masalah bekalan air bersih. Namun tiada pertemuan MB Kedah dan PM sehingga kini kerana pihak ketua pentadbir negeri itu seringkali menyerang PM daripada pelbagai sudut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page