top of page

PM setuju hasrat Sarawak tubuh syarikat penerbangan sendiri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Sarawak bagi penubuhan syarikat penerbangan sendiri.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu yang dilihat mampu menangani masalah harga tiket penerbangan Semenanjung-Borneo yang terlalu mahal dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.


"Saya menerima cadangan penubuhan syarikat penerbangan itu bagi membantu menangani kos penerbangan (antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak) yang terlalu tinggi.

"Kerajaan Sarawak mendepani banyak hal seperti kenderaan elektrik, hidrogen serta gas, dan dengan prestasi ditunjukkan, kita bersetuju dengan permohonan untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Raia Hotel and Convention Centre Kuching serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim, di Kuching semalam.


Turut hadir pada majlis tersebut adalah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; dua Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.


Mengulas lanjut, Anwar berkata dengan pengurusan pentadbiran Kerajaan Sarawak yang baik, beliau yakin Kerajaan Sarawak mampu menguruskan syarikat penerbangan butik yang dirancang berkenaan.


"Menguruskan syarikat penerbangan bukannya mudah dan memerlukan pengalaman tetapi melihat prestasi Kerajaan Sarawak, saya setuju kerana yakin mereka boleh melakukannya," kata Anwar lagi.


Terdahulu Abang Johari dalam ucapannya meminta Anwar mempertimbangkan permohonan Kerajaan Sarawak berkenaan.


Hasrat Kerajaan Sarawak menubuhkan syarikat penerbangan butik itu, jelasnya, bukan untuk bersaing dengan syarikat penerbangan sedia ada namun bagi menstabilkan harga tiket.


Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page