top of page

PM seru sebar kebaikan tanpa kira perbezaan agama, budaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 25, 2023
  • 1 min read


Sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum kebaikan sesama insan terus disebarkan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya berkata, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia supaya sikap selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan itu akan terus subur.


"Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.


"Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023 kepada penganut Kristian yang menyambut perayaan itu hari ini.

1 Comment


Yusof Yusoma
Yusof Yusoma
Dec 25, 2023

CAKAP TAK SERUPA BIKIN.................................POLITIK DENDAM dan BUNUH MUSUH MASIH KEKAL DALAM HATI PEMIMPIN.......................................

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page