top of page

PM seru rakyat Malaysia hargai jasa ibu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 13, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan dan penat lelah insan bergelar ibu.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya sempena hari ibu yang disambut pada Ahad Anwar meminta mereka yang bergelar anak supaya sentiasa mengenang jasa ibu termasuk nasihat yang tidak putus-putus diberikan demi kasih pada anak.


"Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat semua wanita yang bergelar ibu. Ingatan khusus buat Allahyarham ibu saya (Datin Che Yan Hamid) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tercinta.


"Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.


Hari Ibu disambut pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.


Sebagai rekod, ibu kepada Perdana Menteri meninggal dunia pada April 2001 ketika berusia 75 tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page