top of page

PM serah sumbangan kepada remaja hilang 6 ahli keluarga



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik-beradiknya akibat kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan, minggu lalu.


Menurut satu perkongsian di Facebook peribadinya, Anwar memaklumkan, sumbangan disampaikan kepada Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, melalui Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi pada Khamis.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu melalui catatan sama selain berdoa agar ahli keluarga yang terkorban dikurnia keampunan dan rahmat Allah turut menyeru masyarakat dapat membantu remaja berkenaan.


"Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan buat Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujianNya.


"Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa di sisi-Nya," katanya menurut catatan itu.


Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, mengorbankan bapa dan ibu Abdul Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.


Turut terkorban dalam nahas itu adalah empat lagi adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5,


Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, ketika ini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, Johor.


Kerajaan Johor baru-baru ini memaklumkan akan memastikan rawatan terbaik diberikan Abdullah Amir.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page