top of page

PM sampaikan sumbangkan kepada penyanyi Shima



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan peribadi kepada penyanyi veteran, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.


Menerusi catatan di media sosialnya, Anwar memaklumkan, sumbangan itu telah disampaikan melalui Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi yang mengadakan ziarah kepada seniwati itu pada Selasa.


"Alhamdulillah, Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.


"Shima kini menghidap penyakit bronchitis sehingga menyebabkan beliau tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan.


"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima," tulis Anwar


Perdana menteri dalam hantaran itu turut mendoakan kesihatan yang baik serta diberikan kekuatan kepada seniwati tersebut.


"Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT," tambahnya.


Dilaporkan, kehidupan Shima semakin perit apabila mengalami penyakit misteri selain masalah sakit saraf dan tulang belakang yang ditanggung menyebabkannya terpaksa menutup Warung Teringin pada Mac 2019.


Pelontar lagu Teringin itu difahamkan mengalami tu masalah keradangan salur pernafasan sejak beberapa tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page