top of page

PM sampaikan sumbangan kepada anak P Ramlee



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum kesulitan ditempuhi anak kepada seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sumbang tersebut melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi.


Melalui catatan di laman Facebooknya, Anwar berharap sumbangan itu dapat meringankan beban Sazali selain mendoakan kesejahteraan untuk beliau dan isterinya, Hamidah Hitam.


"Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali, anak kepada seniman agung negara, Almarhum P. Ramlee.


"Malang buat beliau tatkala terbabit dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.


"Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, inshaAllah," katanya.


Sazali dalam satu laporan media baru-baru ini berkata, isterinya yang sudah lama berhadapan masalah kesihatan itu dinasihatkan doktor supaya membuat pembedahan di leher segera, namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan kewangan dihadapi.


Beliau turut menyatakan harapan untuk berjumpa Anwar untuk memohon bantuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page