top of page

PM rasmi Invest Malaysia, utamakan pertumbuhan ekonomi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 8, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Invest Malaysia (IMKL 2023) edisi ke-21 yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan Maybank Bhd.


Dalam ucapannya beliau menekankan perlunya pertumbuhan ekonomi negara yang mantap di samping diteruskan reformasi institusi.


"Di hadapan 1,000 pengurus dana tempatan dan asing secara bersemuka dan dalam talian, saya telah menekankan beberapa perkara antaranya membentuk semula naratif negara berdasarkan tiga keutamaan: Pertumbuhan (Growth), Reformasi (Reform) dan Keadilan (Justice).


"InsyaAllah, saya yakin dengan pertumbuhan yang inklusif dan mampan, kita bersama-sama dapat membentuk sebuah negara yang disegani di bawah Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan.



Pelabur semakin meyakini pentadbiran DS Anwar dalam mengemudi ekonomi dan sosial di Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page