top of page

PM raikan pasukan mencari dan menyelamat Malaysia ke Turkiye



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan penghargaan kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang menyertai misi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye.


Dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam Tahun 2023 semalam, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, jasa, khidmat dan pengorbanan setiap anggota terbabit tidak akan dilupakan.


Apa lagi anggota terbabit jelasnya terpaksa berdepan cuaca musim sejuk dan meninggalkan keluarga berminggu-minggu untuk melaksana misi tersebut.


"Inilah namanya negara di mana perkhidmatan kita dalam Angkatan Tentera Malaysia, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan lain-lain terpaksa berkhidmat bukan saja di Turkiye.


"Tetapi kalau kita tengok banjir di Johor, saya lihat persiapan baik. Jentera kita siap sebelum banjir, jadi penjawat awam ini kalau diberi pengiktirafan prestasinya cukup cemerlang, dan selaku Perdana Menteri saya sangat bertuah kerana jentera kita sangat efisien dalam meredakan dan meringankan masalah yang dihadapi rakyat," katanya.


Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Tambun itu turut meraikan petugas yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke Turkiye dalam Majlis Jamuan Makan Tengah Hari.


Untuk rekod pada bulan lalu, Malaysia menghantar 140 anggota penyelamat serta dua anjing K9 menyertai misi SAR di Turkiye.


Anwar tiba di Gaziantep beberapa hari kemudian untuk meninjau lokasi bencana dan bertemu pasukan penyelamat negara sebelum berlepas ke Ankara bagi mengadakan pertemuan dengan Erdogan.


Kesungguhan ditonjolkan pasukan penyelamat negara bukan sahaja membanggakan perdana menteri, malah menurutnya turut mendapat penghargaan daripada Presiden Turkiye Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara berkenaan.

"Jadi dua negara bersahabat, bila orang dalam keadaan susah kita ringankan, tak mungkin selesaikan, kita bantu ringankan.


"Malah Erdogan, beliau sangat sentimental dengan penuh emosi melayangkan penghargaan kepada Malaysia dan amat tersentuh dengan apa yang telah negara kita lakukan (bantuan)," katanya.


Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan bersetuju memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat negara yang terlibat dalam misi di Turkiye dan Syria sebagai tanda terima kasih kepada anggota terlibat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page