top of page

PM - Presiden Mesir sepakat perlu beri tekanan hentikan serangan Israel



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi sepakat bahawa negara barat perlu memberi tekanan kepada rejim Israel supaya memberhentikan serangannya ke atas Gaza.


Bercakap kepada wartawan selepas kunjungan hormat kepada El-Sisi semalam, Anwar turut memberitahu bahawa kedua-dua mereka sepakat bahawa kemudahan awam di Gaza seperti sekolah dan hospital, tidak sepatutnya dibedil dan dirosakkan oleh pihak rejim.


"Kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Gaza itu sudah di tahap sangat parah. Jadi itu yang kita sepakati tadi hasil daripada perbincangan (dengan El-Sisi)," katanya pada akhir lawatan kerja dua hari ke Mesir.


Mengulas lanjut Anwar memberitahu Malaysia menyokong langkah Mesir menyaluran bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza, dan Malaysia akan bekerjasama dalam usaha itu.


Selain itu, Malaysia jelasnya akan terus berusaha menghubungi negara barat dan timur bagi menggesa sesuatu dilakukan untuk membawa keamanan dan bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.


"Matlamat yang jelas iaitu mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kalau ini tidak tercapai, penyelesaian dan kedamaian tidak akan kekal. Ini pendirian rakan-rakan kita termasuk Mesir dan semalam di Turkiye dan sebelum itu di Riyadh, itu pandangan kita bersama," katanya.


Sementara itu walaupun mengakui fokus pertemuan dengan El-Sisi adalah tertumpu kepada isu di Gaza, namun beberapa perkara membabitkan kedua-dua negara turut dibincangkan.


Beliau berkata, antara perkara berkenaan termasuklah kerjasama dua hala perdagangan dan perusahaan pelaburan antara kedua-dua negara.


"Saya telah minta Menteri Luar dengan jawatankuasa (yang akan dibentuk kelak), untuk mengenal pasti hal-hal kerjasama yang boleh kita tingkatkan," katanya.


Anwar dalam sidang media itu turut mengumumkan bahawa Presiden Mesir itu setuju untuk membuat kunjuang rasmi ke Malaysia tahun depan.


"Lawatan rasmi yang akan dilakukan El-Sisi itu amat baik, kerana sudah berpuluh tahun Presiden Mesir tidak membuat kunjungan seumpama itu ke Malaysia," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page