top of page

PM pertimbang tambah bantuan untuk rawat rakyat Palestin



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan pertimbangan Malaysia akan menambah bantuan dalam usaha merawat rakyat Palestin yang cedera diserang tentera rejim Israel seandainya terdapat keperluan.


Bagaimanapun, katanya, setakat ini kerajaan belum berbincang fasa seterusnya bantuan kepada warga Palestin.


"Kita nanti runding dengan Mesir yang telah menampung (warga Palestin, juga) Arab Saudi, Turkiye, Qatar. Kita tengok kalau ada keperluan kita boleh bincang dan setakat ini kita nak rawat dan bagi diorang sihat dahulu.


"Kita akan bincang dan sekarang terlalu awal," katanya dipetik Bernama hari ini.


Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.


Pada pertengahan Ogos lalu, Malaysia menerbangkan 41 rakyat Palestin yang cedera termasuk bayi berusia lapan bulan untuk menerima rawatan lanjut di hospital tentera di negara ini menerusi misi kemanusiaan Tentera Udara Diraja Malaysia dari Kaherah ke Kuala Lumpur.


Muktamar hari ini turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan timbalannya Dr Zulkifli Hasan serta Pengerusi Bersama Penganjuran Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin, Datuk Seri Ahmad Awang.


Kira kira 1,000 wakil masjid dan NGO, duta perwakilan asing, para ulama serta pemerhati dari beberapa negara hadir dalam muktamar berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page