top of page

PM pandang serius elemen fitnah pecah keharmonian masyarakat



Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan kekecewaannya terhadap elemen fitnah dalam masyarakat yang berterusan pasca Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil, hal tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) dan Anwar berjanji kerajaan akan mengambil tindakan bersesuaian.


"Beliau (Anwar) zahirkan bahawa beliau tidak berhasrat mengambil apa apa tindakan kepada mereka yang memberikan kritikan terhadap isu capal, selipar dan sebagainya (yang dipakai pada hari pertama masuk ofis PM) sebagai contoh.


"Tetapi elemen fitnah seperti ejen Israel (melibatkan pimpinan PH) dan sebagainya beliau telah meminta pihak polis untuk ambil tindakan," katanya ketika bertemua wartawan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Selain itu, Fahmi menasihatkan rakyat Malaysia agar move on dalam isu pelantikan PM 10 dan menumpukan usaha memperbaiki negara, terutama ekonomi dan keharmonian masyarakat.


"Saya pohon kepada rakyat Malaysia untuk menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita perlu bersatu padu dan rapatkan syaf demi Malaysia yang tercinta


"Dalam masa sama, siri kenyataan fitnah berbau perkauman yang melampau perlu dihentikan sekarang. Masa untuk kita mula berkhidmat. Apa pun tidak ada sesiapa yang perlu sampai melanggar undang undang (dalam fitnah)," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page