top of page

PM naik taraf pusat penjaja di KL rahmat buat semua



Inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menaik taraf dan mengindahkan fasiliti gerai menerusi program Lestari Niaga@Kuala Lumpur telah memberi nafas baharu buat golongan peniaga kecil.


Bagi Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Andre Lai, keprihatinan PM terhadap kemudahan dan nasib penjaja di ibu kota membuktikan konsep Malaysia MADANI sememangnya merupakan rahmat untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang kehidupan.


"Saya mewakili ahli-ahli Lembaga Penasihat DBKL menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Yang Amat Berhormat PM kita atas keprihatinan beliau meningkatkan taraf hidup warga kota menerusi inisiatif menaik taraf pusat penjaja yang dijenamakan semula bagi memberi keyakinan kepada rakyat selain menekankan aspek kebersihan gerai dan persekitaran.


"Ia juga membuktikan konsep Malaysia MADANI sememangnya rahmat buat semua apabila bukan setakat penjaja Melayu, India malah kaum-kaum lain yang berada di seluruh Wilayah Persekutuan pun mula menerima ‘tuaian’ apabila perniagaan mereka meningkat dan mula membuat keuntungan selepas negara ditutup akibat pandemika Covid-19," katanya.

Andre Lai

Nada serupa juga disuarakan Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Medan Selera Kompleks Tun Sambanthan M. Sivakumar, 47, yang ditemui Isnin lalu dan berharap kerja-kerja naik taraf fasiliti peniaga kecil di Kompleks Tun Sambanthan dilaksanakan segera.


"Kita berharap dengan adanya peruntukan tambahan yang diberikan, boleh mempercepatkan lagi proses membaiki kipas ekzos yang berfungsi menyedut asap dan bahang di dapur.


"Masalah ini telah berlanjutan selama beberapa tahun dan ini menyukarkan para peniaga di sini sejak sekian lama," katanya.


Sebelum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai dan warung di seluruh Kuala Lumpur pada majlis pelancaran program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan


Laman Niaga@Kuala Lumpur merupakan inisiatif kerajaan MADANI, bagi menaik taraf dan mengindahkan fasiliti gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan, agar menjadi lebih kondusif dan selesa.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page