top of page

PM naik gaji, hargai sumbangan penjawat awam - MPN Sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


Keputusan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan gaji penjawat awam disambut baik oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak.


Pengerusinya Roland Engan berkata, pengumuman kenaikan paling tinggi dalam sejarah itu menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam menghargai penjawat awam.


"Adalah mustahak bagi semua penjawat awam dan rakyat Malaysia untuk saling memperingatkan antara satu sama lain bahawa Malaysia ialah negara kita, di mana semua rakyat (baik penjawat awam, pekerja swasta, bekerja sendiri, suri rumah, pelajar dan belum bekerja) untuk berbakti dengan segenap hati, akal budi, tenaga dan masa untuk negara tercinta kita.


"Dengan slogan Ketuanan Rakyat maka setiap idea, perkataan dan perbuatan penjawat awam diabdikan untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Untuk rekod, semalam, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15% yang bakal dinikmati penjawat awam bermula Disember ini.


Jelas pemimpin nombor satu negara itu, pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap selepas ini mesti melebihi RM2,000 sebulan.


Sementara itu, sempena dengan Hari Pekerja, Roland mengingatkan rakyat Malaysia untuk saling berbakti antara satu sama lain, selain menghargai pekerja asing yang menyumbang kepada ekonomi negara.


"Buatlah mereka juga turut menikmati kesejahteraan negara kerana mereka turut menyumbang dalam pembangunan negara ini.


"Bagi setiap individu rakyat Malaysia yang berbakti di luar negara, semoga kalian sentiasa menyampaikan maklumat dan idea bernas untuk rujukan perbandingan kepada negara kita untuk kemajuan masa hadapan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page