Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta supaya semua orang perlu bersabar dan berkorban adalah sesuatu perkara yang salah.
Ketika bercakap di Twitter Space, Presiden KEADILAN itu menganggap sesebuah pengorbanan harus dilakukan oleh pemimpin terlebih dahulu sebelum meminta rakyatnya melakukan perkara yang sama.
"Korban kita sekarang ini mengorbankan orang. Bila PM minta kita kena bersabar dan kita kena berkorban sempena Aidiladha, itu salah tafsirannya.
"Pengorbanan pertama manusia yang dilakukan Nabi Ibrahim kepada Allah adalah kepada pengikutnya.
"Jangan suruh pengikut dulu, dia kena mula dengan ketua dulu. Takwa dan sabarnya dan pengorbanan jadi kalau ketua berkorban, barulah yang lain menyusul. Ini tidak berlaku dalam sistem kita.
"Dengan borosnya belanja buat lawatan ke luar negara seperti biasa, tidak ada langsung petanda bahawa derita rakyat sedikit pun mencuit rasa hati mereka, ini yang kita gusarkan," katanya.
Comments