top of page

'PM, Menteri mesyuarat, Malaysia bakal jadi hab tenaga ASEAN' - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12
  • 3 min read

PM Anwar menjawab kritikan kerap hadir mesyuarat, namun banyak keputusan besar menguntungkan negara
PM Anwar menjawab kritikan kerap hadir mesyuarat, namun banyak keputusan besar menguntungkan negara

Kritikan terhadap Perdana Menteri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kabinet yang bermesyuarat seolah olah 'tanpa kesudahan' dijelaskan dalam ucapan PM pada Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 di Terengganu petang ini.


Menurut Anwar, lawatan dan mesyuarat yang dihadirinya bukan hanya untuk menyatakan pendapat semata mata tetapi juga memberi impak kepada rakyat berdasarkan keputusan keputusan besar yang dibuat.


Beliau memberi contoh, mesyuarat ASEAN yang dihadirinya telah menghasilkan projek mega yang menjadikan Malaysia salah satu hab utama tenaga di Asia Tenggara dan memberikan pelbagai peluang kerja serta meningkatkan ekonomi rakyat.


"Saya terangkan ASEAN ini, yang dilihat mesyuarat, mesyuarat. Jadi apa kerja PM, Menteri melawat ke sana sini?


"Di antara keputusan penting yang mahu dilaksanakan, apa yang dikatakan ASEAN power green, iaitu tenaga baru ASEAN dari Vietnam (tenaga) hidro, guna lautan. (Kabel) dasar laut sampai ke Terengganu, Kelantan dan ada juga kaitan dengan (Tasik) Kenyir, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Singapura.


"Maknanya, janakuasa baharu guna grid (elektrik), dan ini hanya boleh dilakukan dengan kerjasama ASEAN, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


"Ini akan memberikan peluang Malaysia menjadi satu negara yang mempunyai kekuatan untuk memperkenalkan dan menjana kuasa tenaga besar di rantau ini. Bila kita sebut data centre, AI, itu memerlukan air dan tenaga yang sangat tinggi.


"Puluhan kali ganda biasa. Kalau industri perlu 10 (megawatt elektrik) data centre perlu 200, dan itu penting. Ini kita telah jayakan," katanya di Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir.


Dengan projek baharu itu, kata Anwar, setiap negeri selepas ini akan mempunyai kekuatannya. Bukan sahaja negeri maju di Pantai Barat, malah negeri Pantai Timur juga akan mendapat limpahan kemakmuran.


"Tujuan kita ialah untuk jadikan semua negeri ada kekuatan dia, Terengganu ada kekuatan tenaga, Kedah ada Kulim Hi Tech, Pulau Pinang industri, Lembah Klang menjadi tarikan pelaburan tertinggi, Sabah, Sarawak.


"Sarawak jadi pusat tenaga yang besar kerana ada hidro, gas dan kita cadangkan gas itu disalur melalui dasar laut ke seluruh negara ASEAN.


"Saya beritahu kepada Primier Abang Johari, kita akan luluskan kemudahan dan Sarawak ke Brunei ke Sabah, dan ibu kota baru (Indonesia di) Kalimatan dan menerobos ke selatan Filipina.


"Ini hanya berlaku bila ada kerjasama di kalangan semua jabatan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan," katanya.


Manakala kesan besar kepada Terengganu, kata PM ialah projek yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjana tenaga elektrik dari pemasangan solar terapung hidro hibrid dan hab hidrogen hijau di Tasik Kenyir yang telah sejak berdekad lalu menjadi pengeluar tenaga elektrik hidro.

DS Anwar menyaksikan pemasangan panel solar di Tasik Kenyir yang menjadi projek tenaga penting baharu
DS Anwar menyaksikan pemasangan panel solar di Tasik Kenyir yang menjadi projek tenaga penting baharu

"Saya sebentar tadi dengan Datuk Menteri Besar Dr Samsuri, kita ke Kenyir. Kenyir ini projek rasaksa, empangan sudah selesai tetapi diadakan projek solar guna tenaga baharu green hydrogen. Sama ada amonia, menthanol itu dikerjakan.


"Jadi ditaja oleh Petronas dan TNB, kerjasama Terengganu. Kita lihat apa diumumkan tahun lalu telah dilaksanakan dan kita jadikan Terengganu pangkalan untuk menjadi pusat penting di Semenanjung ini untuk menjadikan permukaan Tasik Kenyir sebagai pusat tenaga, selain kuasa hidro, juga solar dan hybrid hidrogen," katanya.


Manakala bagi rakyat Terengganu, ujar Anwar, projek besar di negeri itu akan menjana peluang pekerjaan, kesan hiliran meningkatkan pendapatan peniaga kecil sehinggalah memperbanyak dana membaiki kemudahan awam, sekolah, masjid dan sebagainya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page