top of page

PM Mahiaddin mengaku hilang sokongan, PH tolak sebarang kerjasama


Kenyataan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang disiarkan di semua stesen media utama negara mengesahkan kerajaan Perikatan Nasional telah hilang sokongan tanpa perlu melakukan Undi Percaya di Parlimen.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, dengan kenyataan terbuka itu, PM Mahiaddin mencatat sejarah sebagai ketua kerajaan pertama mengisytihar hilang sokongan di media dan menawarkan sogokan secara terang-terangan kepada pembangkang untuk menjadi talian hayat meneruskan kuasa.


"Majlis Presiden PH berpandangan perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah pengakuan terbuka beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.


"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang PM yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.


"Ini juga kali pertama seorang PM yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut Majlis Presiden lagi, dalam kenyataan di media itu juga Mahiaddin sekali lagi telah membelakangkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam memilih, memutuskan keabsahan serta melantik sesebuah kerajaan.


Sehubungan itu, PH tegas menolak tegas sebarang kerjasama dan menuntut Mahiaddin melakukan satu perkara, iaitu meletak jawatan tanpa syarat.


"Apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat”, beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


"Oleh yang demikian, PH mengambil pendirian menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.


"Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19. Kami berkeyakinan kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page