'PM Mahiaddin tidak perlu bentuk jawatankuasa, buka sahaja Parlimen'


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak perlu berpusing-pusing mencipta alasan akan menubuhkan jawatankuasa mengkaji sidang Parlimen.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, berbanding sidang Parlimen terakhir, kesemua Ahli Parlimen masih belum disuntik vaksin Covid 19 hari ini semua anggota Parlimen telah divaksinasi.


Katanya, tiada kegusaran akan berlakunya kluster Covid sekiranya Parlimen bersidang, apatah lagi setiap Ahli Parlimen diwajibkan menjalani ujian saringan dua minggu sekali.


"Saya ingin imbau pengalaman lalu dalam Parlimen. Waktu itu kita belum mendapat vaksin tetapi kita bersidang dalam dewan itu, bukannya penuh 222 ahli, tidak. Ia mempunyai sistem hanya 80 saja Ahli Parlimen berada dalam dewan di samping kita juga punya pendinding lut sinar memastikan jaga penjarakkan dan penyebaran virus sekiranya ada.


"Setiap dua minggu kita membuat ujian saringan. Jadi saya tak nampak ada keperluan misalnya kita tangguhkan lagi sidang kononnya nak tengok beberapa peraturan mesyuarat, adakah Parlimen perlu dilakukan secara hibrid kerana saya percaya 220 Ahli Parlimen sudah pun divaksin.


"Kalau Kementerian Kesihatan Malaysia rasa tak cukup 2 dos, bagilah lagi satu dos, tak ada masalah. Tiga, empat dos tambahan pun tak apa, yang pentingnya Ahli Parlimen kita tidak ragu memanfaatkan dewan membahas cara untuk keluar daripada masalah pandemik Covid


"Kecualilah kalau PM merasakan beliau tidak berani pergi ke Parlimen kerana Ahli Parlimen yang dahulunya menyokong beliau sebagai PM, tidak lagi beri sokongan. Kalau itu alasannya maka cukup tidak bertanggungjawab kerana kepada saya, apa pun musibah yang melanda, jangan kita langgar prinsip asas dalam negara kerana Perlembagaan itu memberi kita jalan keluar kepada krisis yang berlaku, masalah ekonomi dan Covid," kata Shamsul dalam forum maya Studio Satu Tiga Tujuh bertajuk: "Serius lah! : Mahiaddin di Persimpangan, Buka Parlimen atau Undur Diri?", malam tadi.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga memberikan sedikit bayangan bagaimana Parlimen Parlimen boleh dibuka oleh PM dengan melalui proses mudah membabitkan PM menetapkan tarikh dan Yang Dipertua Dewan atau Speaker mengeluarkan arahan atau notis meminta Ahli Parlimen bermesyuarat, dan semua itu boleh dilakukan dalam beberapa minggu.


"Pertama PM tetapkan tarikh. Katakan minggu depan Isnin. Dia akan maklumkan kepada Speaker.


"Speaker mengarahkan Setiausaha Dewan susun jadual persidangan dan notis kepada Ahli Parlimen dikeluarkan. Saya percaya kalau menurut keadaan normal Peraturan 11(2) Setiausaha perlu menulis kepada Ahli Parlimen sekurang-kurangnya 28 hari sebelum mesyuarat.


"Tetapi isunya ialah Peraturan Mesyuarat 9 (2)(a) juga membenarkan Speaker mengenepikan tempoh pemberitahuan itu. Mengikut Peraturan 11 (3) Speaker hendaklah mengeluarkan pemberitahuan dengan serta merta. Jadi kalau keadaan itu memaksa, dengan titah Raja-raja Melayu, dalam keadaan memaksa, terdapat peraturan mesyuarat yang menyatakan tidak perlu notis 28 hari.


"Pada saya sekarang ini yang perlu dilakukan Mahiaddin memutuskan bila nak bersidang. Jadi dia 'buat bodoh' saja, yang keluar hanya program vaksin. Dalam isu ini, tidak ada sebab PM melengahkan tarikh memanggil sidang Dewan Rakyat," kata Shamsul lagi.


Menjawab soalan dari penonton sama ada kabinet, PM atau Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang mempunyai kuasa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal Darurat, Shamsul berkata, persoalan itu sepatutnya telah dijawab dengan penubuhan jawatankuasa darurat.


Katanya, tindakan Menteri Undang-Undang baru-baru ini agak mengelirukan rakyat menyatakan bahawa Agong perlu mendengar nasihat kabinet PN. Hal itu katanya, tidak wajar berlaku. Malah beliau percaya Raja-raja Melayu juga telah diberi taklimat oleh jawatankuasa berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan agar darurat tidak perlu dipanjangkan tempohnya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER