top of page

PM lawat mengejut Sekolah Kebangsaan Desa Tasik



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan pada Khamis.


Melalui satu hantaran di laman media sosialnya, Anwar menjelaskan lawatan itu bagi meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk diguna warga sekolah.

"Saya tinjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat.


"Adalah menjadi harapan saya supaya warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif," katanya


Pengerusi Pakatan Harapan itu sebelum ini menegaskan hasrat semua kemudahan terutama tandas di sekolah seluruh negara berada dalam keadaan baik.


Jelasnya, ia bagi memastikan warga sekolah khasnya para murid menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif.


Bulan lalu, dalam kesibukan tugas hariannya, Anwar turut sempat meluangkan masa membuat lawatan mengejut ke dua sekolah di Sungai Besar, Sabak Bernam bagi meninjau keadaan infrastruktur dan situasi pembelajaran pelajar di sana.


Lawatan mengejut itu dibuat sebelum dan selepas beliau menghadiri dan merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan.

0 comments

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page