top of page

Anwar lakukan pengorbanan besar kerjasama dengan BN



Oleh: Noraini Nordin


Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan kerjasama PH dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 lalu sebagai pengorbanan besar demi masa depan negara.


Katanya, berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke15 lalu yang menyaksikan tiada mana-mana parti boleh berdiri sendiri untuk menubuhkan kerajaan, maka pilihan yang ada ialah membentuk kerjasama dengan lain-lain parti.


"Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dalam hal ini telah melakukan pengorbanan besar dengan membentangkan keyakinan perlunya PH bekerjasama dengan BN.


"Kalau ikutkan dendam peribadi atau sentimen politik, memang mustahil untuk PH bekerjasama dengan BN, tetapi demi masa depan negara, semua pihak sanggup mengenepikan semua perasaan yang ada dalam hati," katanya sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan P.161 Pulai, malam tadi.


Mohamad Sabu menegaskan, tanpa kesediaan berkorban itu, Malaysia tidak akan mempunyai kerajaan dan akhirnya rakyat bakal menerima beban yang berpanjangan.


Katanya, meskipun kerjasama itu mungkin memakan masa untuk difahami, beliau yakin ia akhirnya akan diterima baik oleh seluruh rakyat negara ini.


Ini kerana, tambahnya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sentiasa bekerja keras untuk faedah rakyat di mana hasil maksimumnya akan dinikmati tidak lama lagi seiring dengan peredaran masa.


"Dalam Jemaah Menteri sekarang sudah tidak diketahui lagi siapa UMNO, KEADILAN, DAP, Amanah dan lain-lainnya kerana semunya berfikir dan bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.


Mohamad Sabu juga yakin kerjasama PH dengan BN adalah mirip kerjasama antara Jokowi dengan Probowo di Indonesia yang kini berjaya mewujudkan kestabilan politik dan melonjakkan kedudukan ekonomi negara tersebut.


Menurut beliau, perseteruan PH dengan BN dalam PRU15 lalu tidak ubah seperti sengitnya pertandingan pilihanraya presiden antara Jokowi dan Probowo, tetapi demi kepentingan negara Indonesia, kedua-dua pemimpin itu kemudian berdamai dan saling bekerjasama sebaik pemilihan berakhir.


"Dalam hal ini, melalui kerjasama antara PH dengan BN, kita turut yakin kestabilan politik mampu dicapai dan seterusnya memulihkan ekonomi demi faedah rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page