top of page

PM kecam ancaman keselamatan kota Mekah

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
8 hours ago
1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sebarang ancaman terhadap keselamatan, kesucian kota Mekah.


Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa Malaysia memandang serius laporan mengenai sebuah dron yang dipintas berhampiran Mekah.


"Sebarang cubaan untuk mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci dalam Islam itu, sama sekali tidak boleh diterima.


"Malaysia merakamkan penghargaan terhadap tindakan pantas Kerajaan Arab Saudi dalam melindungi penduduk serta jemaah umrah di Mekah," katanya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di Yaman berhampiran Mekah.


Dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.


Sementara itu menurut Anwar, insiden tersebut menggariskan keperluan mendesak untuk mengelakkan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.


Justeru Malaysia menyeru agar serangan terhadap tapak awam dan sebarang tindakan yang boleh membahayakan kawasan suci dihentikan serta-merta.


"Malaysia turut menggesa pihak berkaitan supaya mengamalkan sikap menahan diri serta mengutamakan penyelesaian secara aman melalui dialog tanpa berlengah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page