PM, Jemaah Menteri ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara
- Suara Keadilan

- Apr 10, 2024
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Jemaah Menteri pagi tadi mengunjungi Istana Negara untuk ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Yang di-Pertuan Agong.
"Usai solat sunat Aidilfitri saya dan Azizah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara," katanya dalam catatan di Facebook.
Selain Menteri Kabinet, majlis jamuan tersebut disertai Ketua-Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan.
"Saya utuskan salam Eid Mubarak kepada semua serta maaf zahir dan batin," kata Anwar lagi.





Comments