PM jangan guna kakitangan awam sokong politik kepartian - Pemuda PH



Gesaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya kepada penjawat awam pada majlis perjumpaan PM bersama warga Jabatan Perdana Menteri baru baru ini yang menggesa penjawat awam mempertahankan Kerajaan Keluarga Malaysia daripada pelbagai tohmahan merupakan sikap yang tidak wajar sebagai seorang Ketua Kerajaan.


Menurut Angkatan Muda HARAPAN, gesaan PM itu dikhuatiri hanya akan mengulangi sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak berdekad dekad lalu yang akhirnya menggunakan kakitangan awam yang rapat dengan rakyat seperti FELDA, RISDA, KEMAS dan sebagainya menjadi alat propaganda meningkatkan imej BN di mata umum.


Dalam kenyataan bersama hari ini, Angkatan Muda HARAPAN mahu PM mengambil ikhtibar daripada pendedahan syarikat teknologi Meta dalam ‘Quarterly Adversarial Threat Report’ yang mendakwa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan aktiviti 'troll farm' di internet untuk menyebarkan berita dan tuduhan palsu, meskipun dinafikan oleh PDRM.


"Apabila PM Ismail menyeru kakitangan awam untuk mempertahankan kerajaan BN maka rakyat akan melihat kemungkinan isu yang ditimbulkan oleh Meta sebelum ini adalah benar.


"Selepas kerajaan BN-Umno tumbang pada tahun 2018, Jemaah Menteri Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk melarang penjawat awam daripada terlibat dalam politik bagi menjamin mereka kekal neutral dalam sebarang urusan pentadbiran.


"Menurut Peraturan 21(1), Peraturan Pegawai Awam 395/1993, Pegawai Kumpulan, menyatakan larangan penglibatan dalam politik ke atas pegawai pengurusan tertinggi dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional," kata mereka.


Menurut mereka lagi, PM Ismail seharusnya mengetahui peraturan berkenaan dan menghormatinya di atas amanah yang dipegangnya sebagai Ketua Kerajaan yang memimpin penjawat awam.


"Tindakan PM terbaharu ini boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa. Meminta kakitangan kerajaan untuk mempertahankan kerajaan BN perlulah ditolak dengan sekeras-kerasnya.


"Penjawat awam seharusnya berpegang pada prinsip neutral dalam memastikan penyampaian khidmat kerajaan tidak terjejas walaupun berlaku sebarang perubahan pucuk pimpinan.


"Angkatan Muda HARAPAN dengan ini mendesak PM menghentikan penggunaan kakitangan dan badan-badan kerajaan sebagai laskar siber Kerajaan BN," kata kenyataan itu lagi.


Mengenai dakwaan yang ditimbulkan pihak Meta pula, mereka menuntut Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia membuat siasatan ke atas dakwaan tersebut untuk mengenalpasti sekiranya benar terdapat penjawat-penjawat awam, khususnya anggota PDRM yang melakukan tugas politik.


Hanya dengan cara itu, kata mereka, kerajaan mampu memulihkan integriti perkhidmatan awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER