PM jalani pemeriksaan, prosedur perubatan selama dua hari
- Suara Keadilan

- 50 minutes ago
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, menerusi kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari.
"YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari," katanya.
Tunku Nashrul turut mengajak rakyat mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur berkenaan dipermudahkan serta Perdana Menteri dikurniakan keafiatan berpanjangan.
"Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah," katanya.




Comments