top of page

PM, isteri hadiri majlis makan malam Yayasan Universiti Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City, Shah Alam malam tadi.


Kehadiran Anwar ditemani Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam ucapannya berkata, jamuan makan malam itu diadakan bagi meraikan Dr Wan Azizah sebagai penerima ijazah kehormat dan mengumpul dana bagi Tabung Yayasan UNISEL.


Sebagai rekod, Dr Wan Azizah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-17 pada 9 September lalu di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.


Ia susulan cetusan idea, sumbangan dan keprihatinan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu kepada UNISEL.


Sementara itu, Mohammad Redzuan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesudian hadir ke majlis itu yang merupakan kehadiran kali keenam Anwar ke program yang dianjurkan UNISEL sejak 2018.


"Saya yakin UNISEL adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang paling kerap dikunjungi beliau," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page