top of page

PM Ismail Sabri perlu buktikan tawaran, bukan 'ajak-ajak ayam' - Wanita KEADILAN


Wanita KEADILAN menggesa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan janji untuk melibatkan pembangkang dalam pentadbiran beliau dengan memasukkan 7 cadangan reformasi institusi Parlimen dan memerangi Covid-19 seperti mana yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan dibentangkan oleh mantan PM Mahiaddin Yasin pada 13 Ogos lalu ke dalam atur cara Sidang Dewan Rakyat, September ini.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berkata, hal itu kerana Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu dan amat mengetahui kebaikan syor-syor daripada pembangkang yang dikumpulkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.


"Ismail merupakan salah seorang ahli Jemaah Menteri PM Mahiaddin dan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, bermakna kini beliau wajib melaksanakan setiap cadangan yang dibentangkan oleh Mahiaddin berdasarkan kebertanggungjawab bersama ahli Jemaah Menteri seperti mana yang dinyatakan dalam Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.


"Keikhlasan beliau untuk mereformasi institusi Parlimen dan hasrat beliau untuk mengutamakan kepentingan rakyat boleh ditunjukkan dan dibuktikan kepada semua melalui pelaksanaan 7 cadangan ini.


"Seterusnya, hal itu juga akan menyakinkan pihak pembangkang bahawa jemputan beliau yang diutarakan pada 22 Ogos mengenai penyertaaan pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatan Kuasa Khas Menangani Covid-19 pada 22 Ogos bukanlah sekadar ajak-ajak ayam," katanya.


Selain itu, tambahnya, Ismail sepatutnya telah mengemukakan semua maklumat penting mengenai pelaksanaan Majlis dan Jawatan Kuasa yang ditawarkan kepada pembangkang dengan proaktif selepas 24 jam pengumuman beliau melalui platform media sekiranya benar-benar serius dengan tawaran yang diumumkan.


"Maklumat penting seperti terma rujukan adalah kandungan utama yang diperlukan dalam rundingan seperti objektif dan struktur organisasi, punca kuasa kerajaan dan peranan pembangkang dalam organisasi, senarai ahli jawatan kuasa dan lain-lain yang berkaitan.


"Adalah tidak bertanggungjawab sekiranya PM Ismail sekadar mengumumkan tawaran kepada pihak pembangkang melalui ruang media tanpa tindakan susulan segera. Ia hanya akan menggoncangkan jiwa rakyat yang telah penat memerangi Covid-19 dan menanti-nantikan penyelesaian kepada kesengsaraan yang dialami," katanya lagi.


Kelmarin, melalui ucapan sulung beliau selepas mengangkat sumpah PM, Ismail menyeru agar Pembangkang berkerjasama dengan kerajaan dalam hal pemulihan ekonomi dan usaha menangani Covid.


Bagaimanapun, tidak ada maklumat lanjut diberikan mengenai peranan pembangkang dalam jawatankuasa yang memang pun telah pun wujud sejak era PM Mahiaddin Yassin itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page