top of page

PM Ismail - Muhyiddin kedua dua gagal, PH ketengahkan alternatif kerajaan lebih baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 26, 2022
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) akan memperkuat naratif kempen untuk memahamkan rakyat di tengah tengah saling tuduh menuduh antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas PM Tan Sri Muhyididn Yassin bahawa rakyat mempunyai alternatif PH sebagai kerajaan yang efisyen.


Hal itu ditegaskan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media usai Program Program Temu Anwar di Pendang, Kedah semalam.


Menurut beliau, PH bukan masuk Pilihan Raya Umum ke 15 untuk salah menyalah tetapi akan menawarkan kerajaan yang lebih baik daripada BN dan PN.


"Kita nak ketengahkan alternatif daripada kepincangan dan kegagalan yang ada. Kedua dua ketua BN dan PN saling menuduh gagal, jadi kita nak kemukakan alternatif yang baik.


"Yang penting (sekarang) diutamakan kos hidup rakyat, kos harga barang, bos benih, baja, makanan haiwan dan sebagainya. Ini tidak ditangani kerajaan. Yang kita dengar hanya kedua dua PM Ismail dan bekas PM saling menuduh gagal tetapi projek untuk membela nasib rakyat tidak lagi kedengaran," katanya.


Mengenai rundingan kerusi, Presiden KEADILAN itu berkata hal berkenaan sedang berjalan lancar dengan beberapa pertemuan telah diadakan pada peringkat PH Kedah.


Termasuk isu poster boy yang akan diputuskan di peringkat PH negeri.


"Kita adakan pertemuan dan sedang meningkatkan usaha memastikan Kedah ditawan semula oleh PH.


"Kita juga akan putuskan dalam masa yang singkat (poster boy) pada peringkat negeri berdasarkan permuafakatan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page