top of page

PM ikrar akan terus bela nasib rakyat Palestin



Malaysia terus menyokong Palestin dan akan melakukan apa sahaja usaha untuk membela nasib rakyat negara itu yang ditindas rejim Israel.


Ikrar itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat.


Bercakap kepada pemberita merasmikan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara pada Sabtu Anwar berkata, Malaysia akan terus memantau situasi di Semenanjung Gaza selain terus menyokong gesaan gencatan senjata dan desakan agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).


"Kita akan buat sahaja untuk terus berjuang bagi Palestin. Malaysia akan terus memantau dan lakukan apa sahaja seperti mana disuarakan Menteri Luar di sidang PBB New York beberapa hari lalu.


"Walaupun menurut teman-teman dari Palestin... (keputusan itu) tidak sepenuhnya memihak... tetapi jelas pendirian ICJ mengutuk serangan dan mendesak supaya dihentikan serangan dan disegerakan bantuan kemanusian.


"Sekurang-kurangnya jelas pendirian ICJ mengutuk serangan dan mendesak dihentikan serangan dan disegerakan bantuan kemanusiaan," katanya dipetik.


Pada 12 Januari lalu, ICJ memulakan prosiding bicara kes yang dibawa Afrika Selatan yang menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


Keputusan prosiding itu pada Jumaat mengarahkan agar Israel membenarkan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza malah mereka diarahkan untuk menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page