top of page

PM hadir Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 22, 2023
  • 1 min read

ree

Selesai solat sunat Aidilfitri mengiringi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.


Dalam suasana penuh ceria itu PM dan Tuanku Sultan melayani tetamu yang hadir di Istana Negara.


"Menghadiri Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara sebaik selesai solat sunat Aidilfitri.


"Saya dan Azizah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Dewan Santapan Utama bagi meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu yang hadir," kata Anwar dalam catatan di Facebook.


ree
DS Anwar mengiringi Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur

Turut serta dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Jemaah Menteri, para perwakilan asing, penjawat awam dan para pemimpin masyarakat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page