top of page

PM doakan kejayaan lawatan negara Agong ke Arab Saudi, Bahrain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3
  • 1 min read

Yang di-Pertuan Agong berangkat memulakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain
Yang di-Pertuan Agong berangkat memulakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan sembah takzim dan doa sempena keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memulakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain.


Dalam kenyataan beliau, Anwar merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan Seri Paduka Baginda, sambil mendoakan agar perjalanan rasmi itu diberkati dan membawa manfaat besar kepada negara.


"Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memulakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain.


"Patik mendoakan semoga keberangkatan Tuanku dan delegasi dirahmati Allah Subhanahu Wata‘ala serta dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan sepanjang lawatan negara ini," katanya.

Yang di-Pertuan Agong diiringi TPM II Datuk Seri  Fadillah Yusof menggantikan PM Anwar yang masih bercuti
Yang di-Pertuan Agong diiringi TPM II Datuk Seri Fadillah Yusof menggantikan PM Anwar yang masih bercuti

Perdana Menteri dalam masa sama memohon ampun kerana tidak dapat turut serta mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda disebabkan kekangan kesihatan.


"Patik mohon ampun kerana tidak dapat bersama mengiringi keberangkatan Tuanku atas kekangan urusan kesihatan yang tidak mengizinkan," ujarnya.


Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu akan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan, selain membawa pulangan yang signifikan kepada rakyat.


"Patik penuh yakin bahawa lawatan negara ini akan membawa limpahan manfaat serta pulangan yang terbaik buat rakyat dan negara," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page