top of page

PM dianugerah Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 2, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytihar sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya.


Menurut Anwar, Persekutuan Pengakap Malaysia juga berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas, iaitu anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan kepada pemimpin negara serta negeri.


"Pagi tadi saya menerima kunjungan daripada delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia yang diketuai oleh Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin.


"Menerusi pertemuan ini, saya telah diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.


DS Anwar menerima pengiktirafan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia

PM berharap Persekutuan Pengakap Malaysia terus memberi sumbangan dalam mendidik nilai nilai murni, terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang menceburi persatuan tersebut.


"Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page