top of page

PM cabar pembangkang kemuka usul tidak percaya di Parlimen



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis melontar cabaran agar pembangkang membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya mahu menumbangkan kerajaan.


Tegasnya, Kerajaan Madani sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat sebelum ini namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

"Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya), dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.


"Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Berkanun (SD) bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya (mereka) tak hilang semangat," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas selepas menghadiri satu acara di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor sebagai mengulas dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran diterajui beliau.


Ditanya sama ada SD yang didakwa dimiliki pembangkang itu sebagai tidak sah, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau tidak tahu kesahihan dakwaan tersebut.


"Kalau ada (SD) saya tak tahu," katanya.


Anwar sementara itu menyokong cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa sokongan terhadap seseorang Perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya berdasarkan SD.


"Itu pandangan yang sesuai, kerana hari-hari orang tanya...Langkah Dubai Lah. Sekarang dah terbukti semua itu hanyalah sekadar politik cemas kalangan mereka yang kehilangan modal," tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page