top of page

PM berjaya selesai pelbagai isu bersama pimpinan ASEAN



ANALISIS: Berbanding Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN hanya menumpukan agenda serantau, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang ketat untuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit sesama negara jiran, sama ada isu sempadan negara, pelaburan, perdagangan sehinggalah kebudayaan.


Di antara kejayaan Anwar kali ini ialah beliau melanjutkan usaha pelaburan Brunei ke Malaysia dalam 9 projek berpotensi di bidang minyak dan gas hiliran, pembuatan pintar, pertanian pintar, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan, industri pelancongan dan makanan (halal), serta ekonomi digital.


Beliau juga mahu kemajuan yang lebih besar dicapai dalam hal ukur dan penandaan sempadan negara. Katanya Malaysia berharap dapat menandatangani MoU yang berkaitan ketika Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Annual Leaders’ Consultation (ALC) akhir tahun ini, untuk 79.2km yang telah ditinjau dan ditandakan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama mengenai Sempadan Tanah.


Juga Meningkatkan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan pendidikan bersama Brunei.


Pelbagai isu serantau diketengahkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN kali ini

Bersama pemimpin Laos pula PM mahu memastikan kehadiran yang kukuh syarikat Malaysia dalam sektor perbankan di Lao PDR. Setakat ini 4 bank Malaysia bertapak di negara itu, iaitu Public Bank, Maybank, CIMB dan RHB


Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) - Laos pula telah melatih lebih 1,600 pegawai dan diplomat dalam bidang pengurusan bencana, percukaian, pensijilan halal, antiterorisme, TVET, keselamatan pekerjaan dan diplomasi.


Malaysia ingin mengeksport lebih banyak buah-buahan tropika, sayur-sayuran dan makanan diproses ke Laos.


Manakala bagi Timor Leste, Anwar menemui Perdana Menteri Taur Matan Ruak dan memberi komitmen sokongan penuhnya terhadap permohonan negara itu menjadi anggota ASEAN.


Malaysia juga akan meningkatkan perdagangan dua hala serta meneroka potensi dalam perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam minyak dan gas, produk besi dan keluli, pertanian, minyak sawit, dan makanan diproses.


Pertemuan bersama PM Vietnam Pham Minh Chinh membuahkan persefahaman bersama. Malaysia setakat ini merupakan rakan dagangan ke-9 terbesar Vietnam. Manakala Vietnam adalah rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia. Jumlah dagangan sekitar AS$19 bilion.


Malaysia juga merupakan pelabur asing ke-3 terbesar Vietnam dengan jumlah pelaburan sebesar AS$13b dalam lebih 700 projek.


Selain itu, PM juga membincangkan isu pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan negara dengan lebih 1,000 kapal nelayan dan 10,000 anak kapal Vietnam dalam tempoh 17 tahun yang lalu terlibat. PM berharap Vietnam akan mengambil langkah pencegahan konkrit untuk mengurangkan isu tersebut.


Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur akan berakhir hari ini dengan beberapa resolusi dijangka dikeluarkan.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page