top of page

PM bangkitkan keperluan ASEAN miliki sistem kewangan sendiri



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis sekali lagi membangkitkan keperluan untuk rantau ini mempunyai sebuah sistem kewangan serantau.


Berucap pada Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga Ke-26, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan langkah itu, ia mampu menangani ketidakpastian dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain mampu meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.


Selain keperluan untuk mewujudkan sistem kewangan serantau, Anwar turut menyatakan kebimbangan mengenai isu keterjaminan makanan.


Susulan itu beliau menggesa negara-negara ASEAN meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil.


Mesyuarat Asean Campur Tiga dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.


Pada sesi itu, Anwar turut sama menggesa kerjasama dengan China, Jepun, serta Korea Selatan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset kepelbagaian biologi, dan aplikasi teknologi pertanian.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page