top of page

PM baharu harap ikut nasihat Agong, kerjasama dengan pembangkang


Perdana Menteri (PM) ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap akan melaksanakan nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan pentadbiran negara secara bekerjasama dengan gabungan pembangkang bagi menangani wabak Covid 19 secara lebih berkesan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerjasama bi-partisan itu amat penting bagi mempercepat usaha menangani wabak serta memulihkan ekonomi negara.


"Saya hormati proses yang telah dilakukan dan berharap Perdana Menteri yang terpilih benar-benar memikirkan soal rakyat, kesihatan dan ekonomi negara.


"Juga terserah kepada Perdana Menteri untuk membuktikan tindakan beliau dalam akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu supaya “…mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik…” “…yang menang hulur tangan pada yang tidak berjaya…bekerja dalam satu pasukan” “…yang menang tidak menang semua, yang kalah pula tidak kalah semua”," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, Ahli Parlimen Ledang itu juga mahu Ismail tidak mengulangi polisi yang gagal sewaktu beliau berada di bawah pentadbiran PM Mahiaddin Yassin.


"Beliau (Ismail) juga perlu membuktikan apa tindakan berbeza daripada yang dilakukan semasa beliau bersama-sama dalam kerajaan PN yang lalu, yang jelas gagal dalam membela kesihatan rakyat, mengawal Covid-19 dan mengemudi ekonomi yang parah.


"Rakyat akan perhatikan setiap langkah yang diambil," katanya lagi.


Antara isu yang diharapkan pembangkang akan diselesaikan oleh Ismail ialah peruntukan kawasan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang hanya sekitar RM100,000 sedangkan Ahli Parlimen kerajaan mendapat lebih RM1 juta setahun.


Hal itu menyebabkan kawasan pembangkang sukar membekalkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada rakyat yang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan kemelesetan ekonomi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page