PM arah siasatan telus, segera kes serangan anak Rafizi
- Suara Keadilan

- Aug 14
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya siasatan segera dilakukan bagi mengenalpasti identiti individu yang menyerang anak kepada mantan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Dalam kenyataan, PM Anwar amat kesal dengan serangan yang membabitkan kanak kanak selepas negara dikejutkan kes mangsa gejala buli di sekolah.
"Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli.
"Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri saudara Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera.
Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga," katanya.
Kejadian serangan ke atas anak Ahli Parlimen Pandan itu berlaku semalam sekitar jam 1.45 petang di sebuah parkir pusat membeli belah di Putrajaya ketika anak dan isteri Rafizi memasuki kereta untuk beredar.
Menurut kenyataan Rafizi, anaknya ditarik secara tiba-tiba kemudian dicucuk dengan jarum suntikan.









Comments