top of page

PM arah segera baik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses baik pulih kuartes Penjara Sungai Buloh disegerakan.


Berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia semalam, Anwar berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri memastikan proses baik pulih tersebut siap menjelang akhir tahun ini.


Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pemasangan alat penyaman udara di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, yang terletak dalam kawasan Penjara Sungai Buloh.


Dalam lawatan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad itu, Anwar turut mengimbau kenangan sembilan tahun menjadi penghuni di penjara itu yang mengajar beliau erti ehsan, rahmah dan amanah.


Beliau yang juga Menteri Kewangan, turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengurusan dan kakitangan Penjara Sungai Buloh yang memberi layanan cukup baik sewaktu beliau berada dalam tahanan.

"Saya lihat ada hikmahnya Allah uji...Jadi kalau orang (mahu) tahu tentang perit hidup dipenjara, tanya pada saya.


"Bagaimana susahnya terpisah dari keluarga.. hilang kebebasan dan maruah dan penghormatan. Jadi Allah uji untuk kita insaf dan lakukan yang terbaik," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page