PM Anwar rasmikan TBG Gombak, rakyat dijemput ke Mini Karnival MOT
- Suara Keadilan

- Sep 29
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) pada Isnin.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan berkata, TBG bakal menjadi hab pengangkutan baharu negara serta simbol komitmen kerajaan memperkukuh perkhidmatan awam mesra rakyat.
Bersempena perasmian itu, orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival MOT 2025: Hari Bertemu Pelanggan & Karnival Kerjaya yang berlangsung sehingga jam 6 petang ini.
Antara pengisian utama termasuk kaunter perkhidmatan dan sesi libat urus bersama MOT serta agensi berkaitan, program pertukaran topi keledar JPJ, kaunter bayaran saman PDRM, pameran kerjaya, pameran digital interaktif, Jualan Rahmah, cabutan bertuah serta aktiviti sukan dan permainan digital.
Menurut MOT, karnival ini menjadi jambatan mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penyediaan perkhidmatan secara terus, selain membuka peluang kerjaya khususnya dalam sektor pengangkutan, logistik dan mobiliti.
Penganjuran itu turut menyokong agenda pendigitalan negara dengan memperkenalkan aplikasi serta perkhidmatan digital kementerian, di samping memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peranan dan potensi industri pengangkutan.









Comments