top of page

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Pak Amjal



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf atau Pak Amjal.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu, Anwar berkata, isteri Pak Amjal merupakan di kalangan pendokong reformasi yang banyak berjuang dan kini menghidap penyakit angin ahmar.


Bantuan yang bertujuan menampung kos perubatan itu jelasnya telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin dan keluarganya di kediaman aktivis itu.


"Saya dimaklumkan isteri beliau menghidap penyakit angin ahmar. Mendoakan agar Pak Amjal dan keluarga terus diberi kesihatan yang berpanjangan, inshaAllah," katanya.


Sebagai rekod, Anwar sering menghulur bantuan kepada pihak yang memerlukan bukan sahaja kepada aktivis awal reformasi yang kini diuji masalah kesihatan, bantuan sama turut dihulurkan kepada golongan karyawan dan orang perseorangan yang memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page