top of page

PM Anwar gesa AS guna veto tamatkan konflik Palestin-Israel



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengecam negara barat terutama Amerika Syarikat (AS) yang bersikap hipokrit dalam isu Palestin.


Melalui satu temubual eksklusif dengan Al Jazeera pada Ahad, Anwar menegaskan bahawa negara itu perlu menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.

"Saya tengok kebanyakan negara Barat kelihatan hipokrit di sebalik kebenaran. Mereka memperjuangkan hak asasi dan demokrasi, namun mereka membiarkan kekejaman berterusan ke atas mereka yang tidak berdosa.


"Masyarakat antarabangsa telah menyatakan pendirian secara jelas bahawa pihak berkuasa termasuk Amerika Syarikat bahawa perlu melakukan apa sahaja yang boleh untuk menghentikan kekejaman dan perang (di Gaza)," katanya yang menegaskan AS mempunyai gabungan kemahiran diplomatik, pengaruh dan mekanisme yang boleh digunakan dalam menangani kekejaman itu.


Mengulas lanjut beliau turut menekankan bahawa kekejaman Israel ke atas Palestin merupakan satu bentuk penjajahan.


"Ramai yang bercakap mengenai peristiwa Nakbah (perang 1948) dan ancaman, ini sebenarnya penjajahan berterusan.


"Jelas Israel adalah sebuah negara apartheid kerana kita boleh lihat dengan jelas bagaimana tindakan mereka (Israel) terhadap rakyat Palestin dan bagaimana mereka menguasai tanah milik rakyat itu.


"Melihat kepada fakta dan impak di Gaza, mana-mana pihak yang waras tidak boleh menafikan bahawa ia adalah pembersihan etnik atau apartheid besar-besaran. Ia telah sampai ke tahap itu," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page