top of page

PM Anwar dipuji mampu tangani isu Myanmar - Dr Mazlan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dijangka mampu memainkan peranan penting dalam menangani isu Myanmar.


Bagi Penganalisis Politik Pusat Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, isu Myanmar begitu rumit dengan wujudnya penentangan rakyat terhadap junta tentera dan krisis kemanusiaan akibat gempa bumi pada Mac 2025 lalu dan ianya hanya boleh diselesaikan oleh ahli politik berpengalaman.


Katanya, tindakan Anwar melantik bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra amat tepat dalam usaha mendekatkan Myanmar kepada ASEAN kerana Thaksin mempunyai pengaruh terhadap pemimpin tentera negara berkenaan.


"Myanmar dikenali sebuah negara yang agak tertutup dan diperintah oleh regim tentera yang nampak tidak mesra dengan demokrasi


"Tetapi Datuk Seri Anwar apabila menjadi PM dan sekali gus menjadi Pengerusi ASEAN, dapat membantu selesaikan isu Myanmar ini.


"Saya fikir tidak semua orang mempunyai keupayaan sebegitu. Pemimpin-pemimpin lain termasuk di ASEAN ini saya tak nampak mereka mempunyai keupayaan untuk meyakinkan regim yang berkuasa di Myanmar ini," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pujian yang diberikan negara ASEAN terutama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan kepada Anwar dalam peranannya menangani konflik di Myanmar itu.


Terdahulu, Anwar bertindak sebagai diplomat ASEAN yang bijaksana dengan mengadakan dialog berasingan bersama pemimpin Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan pembangkang Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) sebagai satu langkah penting ke arah menggalakkan penglibatan terus antara dua pihak yang bertelagah.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page