top of page

PM Anwar cukup komited bantu masyarakat India, tegas Ramanan



Tindakan pihak tertentu cuba memainkan sentimen 'politik kebencian' mendakwa Perdana Menteri (PM) meminggirkan kaum India disifatkan sebagai tindakan terdesak.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan menegaskan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan pelbagai usaha membantu masyarakat India termasuk melalui agenda 'Pemerkasaan Masyarakat India' yang seiring dengan proses pembangunan negara.


Malah tegasnya PM cukup komited untuk menjayakan misi berkenaan sekaligus membuktikan Kerajaan Madani tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum.


"Kumpulan itu 'desperado' melakukan fitnah dengan niat dengki dan sengaja mahu membangkitkan kemarahan komuniti India.


"Kita perlu berwaspada. Yang pasti kita perlu memastikan agenda pemerkasaan kaum India terjamin. Itulah juga "pegangan dan prinsip" saya selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya dipetik.


Ramanan berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Sure Heboh’ di Putrajaya pada Ahad.


Pada Jumaat lalu, Ramanan mengumumkan RM100,000 geran diluluskan untuk manfaat Koperasi Pengusaha Restoran India Berhad (KOPRIMAS) di bawah Program Pengukuhan Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Sebelumnya beliau juga mengumumkan dana tambahan RM30 juta melalui Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) dan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) RM50 juta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bakal memanfaatkan lebih 10,000 usahawan wanita India.


"Semua inisiatif untuk usahawan masyarakat India ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa mandat daripada perdana menteri," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page